bukan senang nak jd aku

hye..
ketika ini aku kat depan pc..
hujan baru berhenti...
tahla..
beberapa ketika ni aku sering termenung sendirian...
ya Allah byk sgt yg aku pikirkan..
dalam kegembiraan aku sbenarnya byk yg aku sembunyikan dari semua..
keluarga..
sahabat..
rakan..
mahupun musuh,,
smuanya xtaw ape yg ade dlm ati ni...
aku terpaksa diamkan..
supaya tiada yg terluka..
cukupla sekali haritu aku lepaskan...
tu pown da musnahkan kehidupan aku...
aku hilang semua..
aku kini lebih selesa tersenyum didepan semua daripada biarkan mereka tahu bahawa aku ni lemah...
walaupown korg da bace post ni,bukan bererti aku lemah k..
aku nak hepy ngan kwn2 aku..
kotas,pacak,ali,bumi,topeng,shagaw...(pemilik cincin)..
dan rakan2 yg lain2..
yeah..its true..it is not easy to be me...

FINAL DESTINATION..??

Semalam jumaat 19/2/09,ketika aku dan rakan2 sedang enak bermain komputer,aku degegarkan dengan panggilan misteri daripada lelaki yg tidak dikenali yang meminta pertolongan aku...
beliau memperkenalkan dirinya serbagai mukhsin..
aku berfikir sejenak..
aku kenal ke org bernama mukhsin..
setelah menghentak kepalaku di bucu meja beberapa kali,baru la aku ingat,
mukhsin tersebut adelah sahabat baekku...
hahaha...
buduh...
erm..sambung balek...
die col,dier mintak tolong..
katenye dier terlibat ngan kemalangan...ala...exident bak kate omputeh tu...
aku pown shock la kejap...
rase mcm bermimpi...
aku pown terjun la dari tingkat  3 kolej tok memastikan aku ni tak mimpi..
bila da jatuh n jejak tanah,aku sedar bahawa aku bukan bermimpi..
hahaa..
aku pown mintak detail dari mukhsin spt tempat dan keadaan..
aku pown pgla kuar ngan acap..
sesampai sahaja aku di post pengawal,guard tua yg jaga tu xnak bg aku kuar..
katenyer aku da lebih waktu yang dibenarkan (ketika itu kul 11/45p.m)..
aku cakapla aku emergency,kwn exident..
guard ckp xblh gak..kna ade surat pelepasan dari R.S (resident staff@warden)..
aku bukan maen berbulu dibueknyo..
kalu la mak die yang exident,aku rase bukan stakat surat xsempat mintak,seluar pown xsempat pakaila..
kdg2 aku bengang ngan guard2 ni..
mmg btol undang2 telah dicipta..
tp ia dicipta oleh manusia..
bila keadaan biasa bolehla follow..
tp bila da mcmni...da emergency,gune la budi bicara bangang...
sebab tu la ko jd guard je..xjd pengarah...
aku tiada niat menghina,tp itulah realiti sebenar skrg ni..
hurm..
berbalik pd exident td,pas patah balik tok dptkn surat pelepasan,aku pown kuarla..
tp malangnya,exident tu da settle..
dari cerita yang didengar,2 kereta yang outing pada malam tu..
kete yang dipandu male dan bamee..
kereta male just spinning je...kete bamee masok paya..
tp semua dalam kereta selamat...kereta pown da kna tow mase aku sampai tu...
gambar pown xsempat snap..
tp xpela,Alhamdulillah la..
ok..kisah tu da settle..
ni kisah lain lak..
pas jemput mukhsin dan rakan2,mereka pown ajak aku ke stesen minyak shell yang berhampiran stesen bus segamat tok isi minyak then nak g lepak makan...
semasa hampir sampai di stesen minyak shell tu,kitaorg terdengar bunyi decitan (tayar spinning)..then bunyi dentuman...ketika itu pukul 1 pagi lebih kurang..
aku nag diaorg da cuak da...
bygkan 2 kemalangan pada 1 malam...selepas mereka mengalaminya..
aku plak da rase mcm tengok citer final destination lak..haha
kitaorg park kete kat shell tu then bergegas mencari bunyi dentuman tu..
kitaorg nampak 1 kereta perdana yang dipandu sekeluarga india telah exident di stesen minyak esso berseberang dengan shell tersebut..
dan kitaorg adelah org pertama yang tiba disana..
kereta tersebut mungkin terlebih lajak kau dilihat dari keadaan kemalangan tu..sebab sebelum esso tu ade 1 selekoh yang agak tajam dan sering menjadi tempat layan lap bg rakyat segamat..
kereta tersebut berada di atas tempat repair kereta yang selalunya ade kat setiap stesen minyak..
acap dan bikon antara yang membantu..chayok la korg..hahaa
senang citer korang tengok gambar ni :

penerangan :
1.mcmni la lebih kurang posisi kemalangan tu..bomba lambat sampai..org da kuarkan da 3 org tu..tggl yang tersepit je..ape2pown,goodwork..
2.bomba ngah cuba kuarkan mangsa yang tersepit..aku tolong amek gambar je..
3.gadude dan rakan2 meminta aku snap pix diaorg sbg kenang2ngan..biol je..
4.ini la bombanya..
5.mcmni la keadaan keretanya..aku pown konfius mcmana keretanya boleh naek atas benda tu then rempuh dinding sebelah..kalu rempuh dinding bahagian depan aku boleh terima lagi..

kesimpulannya,jgn lupe tengok citer final destinantion semua siri...supaya menjadi panduan semua..haha..
jgn bwk kete laju2 kalu xreti bwk laju (ape aku ckp ni..??)..
lastly,kalu nak jalan2 ajak la aku sekali..haha..
chiow..

MAJLIS KESYUKURAN

semalam khamis 19.2.09,sejurus selepas kami berjaya menyelamatkan nyawa pacak,kira2 dalam pukul 8.30 malam,
aku secara tiba2 mngajak rakan2 terlibat bagi mngadakan kenduri kesyukuran berskala kecil bg mraikan pacak...
walaupun kami blum study finance lg,dan esok harinya iaitu hari ini 20.2.09 ade test finance kul 3,
kami tidak mengendahkan nya..
bg kami pacak lg penting..
kenduri tersebut mengambil tempat di restoran mamak blakang BILLION...(aku lupe ape namenye)..
gambar dibawah menerangkan segalanya :

penerangan :
a.semasa di mamak :
1.pacak menceritakan kembali pengalamannya terlepas dari maut dan akid menunjukkan rasa kurang percaya dengan pembohongan pacak tersebut...
2.acap sedih kerana beliau blum study finance lg,tp telah dipaksa mengikuti program kenduri kesyukuran kami ni..hahaa..padan muka beliau..
3.aku cuba mengambil gambar bersama kotas,tp beliau telah mengeluarkan isyarat menentang....(yang telah dipangkah)..
4.berikut adelah reaksi2 riak muka pacak selepas selamat dari maut tersebut..

b.semasa dalam perjalan balik(di petronas kota megapolis segamat):
5.acap adelah duta keamanan bagi kos DIIA/4...(katenya kepada kami sambil menunjukkan isyarat PEACE )
6.kotas pula adelah cleaner bg syarikat gardenia (sambil mempromo roti coklat gardenia yang bernilai rm0.60)..
7.pacak pula adelah penonton bertuah yang terpilih dalam upacara bergambar ini..hahaha..
8.ini YDP NADIIA kami,akid uzair..katenye,hobi beliau adelah menyiram pokok..(sambil mengangkat bekas menyiram tersebut walaupun telah diberi amaran berkali2 oleh petugas petronas)..
9.dan ini adelah aku..watak utama...ceo syarikat REDBULL (sambil mempromo redbull,minuman pemberi tenaga yang enak dan lazat)..

kesimpulannya janganla bwk budak2 pergi petronas,mcm2 kerenah dibueknyo..
xlarat pakcik..

PACAK TERSELAMAT..yay...

semalam stelah pelbagai cubaan dilakukan bg mengeluarkan cincin pacak yang tersekat tersebut,hasilnya...
telah berjaya...
yay...pada pukul lebih kurang 8malam 20.feb.09 tozer(senior kami )
telah mencabut cincin sakti tersebut...
dengan menggunakan teknik yang paling basic..
iaitu secara paksa..
gambar dibawah menerangkan segalanya..


penerangan : 
1.tozer telah berjaya mengeluarkan sedikit sebanyak cincin tersebut dari jari pacak yang telah mengembung sebesar lintah bulan yang dijual di pasaran gelap..
2.akhirnya cincin tersebut berjaya dikeluarkan..bulatan bertanda merah adelah kesan akibat sekatan darah yang diakibatkan oleh cincin tersebut...
3.sejurus selepas kejayaan tersebut, YDP NADIIA,akid uzair terus memeriksa jari pacak bg memastikan anak buahnya itu tidak mengalami kecederaan dalaman..(sambil beliau mengucup tangan pacak sbg tanda kesyukuran)..
4.kotas tidak ingin melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah dan kata2 kesat kepada pacak akibat kejayaan tersebut..
5.pacak secara tiba2 cuba menggerakkan otot dada nya sebagai tanda syukur dan gembira selepas terlepas dari maut...tp tidak berjaya kerana beliau tiada bakat dalam arena menggerakkan dada..

kesimpulannya,jika ada msalah cincin,hubungi kami,kami ade penyelesaiannya...
dan tozer telah dianugerahkan dengan darjat kebesaran diraja SR akibat jasanya dalam menyelamatkan nyawa kucing yang tak berdose..eh silap,nyawa pacak yang tak berdose...
sekian...

TOLONG PACAK

semalam rabu 18/2/09 pacak telah menyarungkan cincin persahabatan kami(ade 6 org yg memilikinya) ke jari tengahnya..
tanpa disedari pada tengahmalamnya,pacak telah cuba mengeluarkan cincin tersebut dari jarinya..
tp tidak berjaya..
pelbagai cara dan method telah dicuba..antaranya menggunakan sabun gel,sabun buku,sabun serbuk,minyak rambut,minyak losen..
tp tidak berjaya..sampailah pukul 3 pg hari berikutnya..
akhirnya pacak berserah dan tidur...dengan harapan pd pagi esoknya cincin itu akan boleh dikeluarkan..
tp masih tidak berjaya..
arini 19/2/09 pacak telah disuggestkan dengan pelbagai teknik lain spt mengecutkan jari menggunakan ais..tp masih tidak berjaya..
gambar dibawah menerangkan segalanya...


penerangan :
1.gambar ini diambil pada 3a.m 19/2/09 stelah pacak menyerah untuk mengeluarkan cincin tersebut..
2.ini lah jarinya dan cincin tersebut..
3.ini pula pada pukul 12 tengahari hari yang sama selepas lunch,pacak telah dinasihatkan supaya menggunakan ais batu untuk mengecutkan jarinya..
4.maka bermulalah aktiviti mengecutkan jari pacak yang pada mulanya dijangka akan membosankan..
5.selepas 5 minit ,pacak tiba2 meracau2 seperti dirasuk..kami terus mencapai yassin yang terdekat untuk dibaca...
6.inilah keadaan jarinya selepas di cekup..masih tidak menunjukkan perubahan..
7.rakan2 lain cuba menenangkan diri dengan mengunyah kuaci yang dibeli khas dari supermarket unimart...
8.inilah kuaci tersebut..amat lazat kata kotas dan ali..
9.inilah kesudahannya..kotas telah tidur diatas katilnya,manakala ali terus menerus kuaci dan kulit kuaci...pacak pula masih mencelup jarinya itu sampaila skrg..acap pula on9 sambil blajar finance..

kesimpulannya,jgnla pakai cincin kat jari tengah jika tiada pengalaman..
pengalaman adelah penting untuk memakai cincin..
dan jika berlaku kes seperti pacak,pggillah kami..
kami sedia memberi khidmat nasihat kepada pihak anda..
sekian..

AKIBAT FINANCE

Semalam rabu 18/2/09 beberapa pelajar diploma in investment analysis telah nekad mahu cuba belajar finance bg menghadapi test pada jumaat ini..
dan hasilnya sangat mengujakan..
gambar2 dibawah akan menjelaskan keadaannya..

penerangan :
1.pacak pada mulanya berniat mahu study finance..
2.selepas 5 minit pertama,perubahan mula terlihat..
3.akhirnya pacak menjadi aggressive spt ini..aku da nak lari takut dibalingnye besi tu..
4.junior bilik aku yg xde kene mengena ngna finance pown tibe2 tersengih2 sendirian sambil memegang cawan dining..(mungkin tertekan dgn kelakuan pacak)..
5.inilah buku yg telah merubah segalanya ...
6.YDP kos kami,akid uzair juga telah mnyerah dengan finance lalu memanjakan diri beliau dengan movie..sambil kakinya dihalakan keudara sbgai tanda protes..

jd nasihat kepada rakan2 lain yang bakal menduduki paper finance..
byk2 bsabar..
minum air byk2..
doa pown byk2..
jgn jd mcm pelajar2 diatas yg telah terkena radiasi akibat belajar finance..
sekian...

MEMORI

lagu ni  mengingatkan aku pada sesuatu..
hurmm..

COCO-MENGINTAI LANGIT

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...

MACAMANA NI..??

huhu..
da kul 1 pg 18 februari 09 ni..
aku blum boleh tido lg...
baru lepas layan game wireless lan general zero hour ngan sahabat handai di kolej ni...
waa...aku da tak boleh nak tinggalkan game tersebut walaupun aku sedar jummat ni ade test ..
mcmana ni..???
bukan setakat aku yang obses...
sahabat handai aku pown terlibat sama secara tidak langsung...
kesian KOTAS hari2 kena layan aku main game tu..
maaf KOTAS..
aku cadangnya sok pas kelas nak study teory part tok finance ..
malam nak mintak tunjuk ajar senior kos aku yang menjadi kegilaan ramai jejaka dan para gadis..
encik CHAVITO MUNDIAL..
hahaha...
katanya beliau master dalam finance ni..lg2 bond..
katanye lg,beliau ajar monyet subjek FINANCE ni makan mase 2 minit je...
bgusla...
moga2 die boleh diharapkan...
lgpown ni sem last die,AKAI,PADOK,SIROI dan senior2 part 6 kat sini..
bile lagi nak bermanje kan..??
hahahaa....
gembira bersama mereka..
bagaimana agaknya tanpa mereka semester depan..??
pasti sunyi..
lg2 dengan junior2 yang berperangai tidak memberangsangkan secara keseluruhannya...
aiyaiyai

PEREMPUAN/WANITA

perempuan...
apekah pendapat korang tentang wanita/perempuan..??
tentu akan timbul pelbagai falsafah,ungkapan mahupun kata2 bagi menerangkan tentang perempuan ini..
tp bg aku..
perempuan ini sesuatu yang indah..
anugerah,pemberian,hadiah,ape sahajalah yang indah..
yea..bukan semua perempuan itu baik dan bukan semua perempuan itu jahat..
dan bagi setiap satu itu ade sebab musabab kenapa ia terjadi..
jd jgnla salahkan ibu mengandung...
aku da jumpa macam2 jenis perempuan..
ade yang baik,solehah,sopan,bijak dan macam2 yang baik..
ade juga yang jahat,degil,curang,playgirl,dan macam2 la...
tp aku tak salahkan mereka untuk ape yang berlaku pada mereka..
aku pun bukan sempurna juga..
ade banyak kekurangan pada diriku..
jd ia terpulang pada kita untuk menilainya...
tempoh hari aku telah jumpa seorg perempuan yang bg aku amat cukup sifatnya..
baik,solehah,sopan,caring,bijak,dedikasi...bg aku dia lah perempuan yg hampir sempurna(of course la..sebab xde yang sempurana)..
yeah..
aku cuba hampiri die dan cuba kenali die..
memang..memang die adelah yang terbaik..
tp mungkin aku je yang tak cukup bagus untuk die...
mungkin juga die layak untuk someone yang lebih baik...
yeala..kita kena cari pasangan yang "sekufu" kan..??
mungkin juga masenya belum sampai lagi..
yeah...aku hampir berjaya mendapatkannya...
dan aku jugala yang telah melukakannya...
oh god..
ape yang aku telah buat...
akulah manusia paling kejam didunia ini..
aku cuba mintak maaf padanya..
tp aku tahu die bukan jenis yang mudah memaafkan...
lagi2 kesalahan aku amat besar padanya...
tp aku akan terus memohon maaf padanya...
sebab aku yang salah...
jadi ape yang harus aku lakukan..??
kalau die bace post ini,aku nak die taw aku MINTaK MAAF SANGAT2..aku taw aku salah..(yeah,u know thats "U")..
rakan2 bantulah aku...
aku tak harapkan lebih dari die..
cukupla sekadar maaf darinya...
hurm..

MINGGU YANG SIBUK SANGAT

holla...
minggu ni adalah minggu yang penuh suka duka...
suka nye kerana minggu ni aku penuhi hidupku dengan berfoya2..
main games..ahad pergi melaka dgn kawan2..
dukanya..
dah 5 hari aku dilanda masalah...
mula-mula pc wat hal..
kini aku demam pula..
td pagi pergi penawar(klinik uitm segamat)..
mintak ubat dan dapat MC sekali..
yay..
dptla aku memontengkan diri dari menghadiri kelas ecomal petang ini..
terpaksalah roommate aku PACAK pergi sorang2.
maaf yea cak..
minggu ni juga sepatutnya ade trip untuk subjek ecomal ke WPI(wilayah pembangunan Iskandar)..
tp dah ditangguhkan atas kelewatan pihak HEA mengfakskan surat ke sana..
ai yai yai..
jumaat ni pula ade test finance investing..
huh..subject yang aku trauma wat mase sekarang..
en.khai..ajarla kami..
minggu depan ade test ecomal dan juga modul bagi pelajar diploma semester 4..
minggu yang boleh dikatakan agak padat...
jd terpaksalah aku menangguhkan aktiviti bermain game halflife dan command conquer general aku wat sementara waktu...
jadi kepada KOTAS,TOPENG,ALI dan BUMI bersabarla..
untuk abah,mama dan adik2ku dirumah..aku tak dapat pulang wat mase terdekat ni..
sibuk..maaf yea..

kisah si gebang

lupe nak post smalam..
actually kes ni berlaku semalam..
ade sorg minah ni..
dier dulu bukan men ckp kat kwn bek die ni supaya jgn couple..
lari akidah katenyer...
dier kate pd kwnnya yg kwnnya tu da wat kputusan yg btol tok reject org yg dier sayang..
tp semalam sabtu 14 feb.09 ,
dier tlh upload gmbar laki dalam photoalbum myspace dier...
gambar tu ade 4...
pastu gambar tersebut dicapture berdepan dgn dier...
kat uptown(tempat lepak muda mudi uitm segamat) lak tu..
kompom2 pakwe kan..??
sial nyer pompuan..
ko ckp xserupe bikin la minah...
berbuih je lebih watper...
aku ingat lg ape yg dier pnh kate pd aku..pd malam jumaat 9/1/09..
"mmg susah kite nak lepaskan org yg kite sayg..mcm aku dulu,ko ingat senang ke nak breakup ngan pakwe aku..tp aku terpaksa,mcmtu jugak ngan die"
katenyer lg..
"sume ni salah..kalu btol ko nak seseorg tu,ko kna KAWEN"
bapak r..
aku rase nak jmpe dier n katekan padanye.."fuck up la ko nyer pegangan"..
kalu stakat nak aniaya org,xpyhla..
aku taw dier ade kaitan ngan perkara tempohari..
dier ade bg influence kpd BELIAU..
takpe..
arini ari dier kan..
sok luse mane taw ari org len lak...
tggula...
kpd U,post kali ni xde kna mngena ngan ko..
jd jgn nak pikir bukan2..
aku skrg bengang ngan SAHABAT karib ko yg SAME PEGANGAN dgn ko katenye..
aku taw aku da byk wat ko bengang..
xpe..
aku mintak maap..
tp pd kwn ko,aku just nak dier taw 1 benda ..
"go to hell la"
panas hati aku..

percubaan pertama

yay..
akhirnya aku berjaya membina sebuah blog utk diriku sendiri..
walaupown sblum ni aku da ade blog homestayatmalacca.blogspot.com,
tp ia hanyalah sekadar mempromote homestayku..
dengan bantuan rakan blogger ku..
ku harap die dpt mmbantu aku memahami dunia blogger ni..
ade byk tujuan aku mewujudkan blog ni..
tp biarla aku saje yg tahu..
sekian..